Wednesday 24 August 2011

Novel: Cinta Kontrak

Salam... sesiapa yg minat novel boleh la baca entry ni... yg x minat pun boleh juga baca... hehe.. Ada Novel terbaru... macam best.. n fuza rasa nak beli.. tajuk dia Cinta Kontrak...  Nak tahu lebih lanjut  jom tgk bawah... :-)



(NOVEL DI PASARAN) CINTA KONTRAK - Nurul Ain Syuhada

DISKAUN 20% untuk novel ini di outlet POPULAR seluruh negara


"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.

Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.


Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato’ Eddy disebuah syarikat besar.

Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.

Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?

Ibu! Rasa macam nak terjun laut! Terseksa la kalau macam ni. dengan kontrak tak matured tu lagi! Hampeh punya engineer! Pergi blaja tinggi-tinggi sebab nak create kontrak bebudak camtu ke? Kalau aku jadik pengarah universiti cicak kobeng tu, ku tendang jauh masuk gol mamat ni!

-----------------------------------

"Weh! kau giler hape? Nak bunuh aku ke?" Danial cuak .

"You decide. Nak hidup ke, nak mati?" Aku menghadiahkannya segaris senyuman.

"Malam ni, malam kau. Jangan harap lepas ni kau boleh langgar kontrak aku!" ujar danial kasar. Terpaksa dia mengalah. Takut jugak kalau minah ni tembap seterika kat muka aku, dah tak hensem la aku! Muka macho macam ni, mana nak dapat? Syarat kedua berjaya aku langgar. Caiyok Airysha!

Segera aku melompat ke atas katil apabila Danial sudahpun turun daripada katil indah miliknya. Malam ni, kau milik aku, wahai katilku sayang!

-----------------------------------------

Judul : Cinta Kontrak
Penulis: Nurul Ain Syuhada
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM 20
Sabah / Sarawak : RM23

Tahniah kepada novel CINTA KONTRAK yang menduduki top 5 Novel TERLARIS / BESTSELLER di kedua-kedua carta MPH dan POPULAR. Rujukan Bahagian Sastera, Akhbar BERITA HARIAN, Jumaat. 19 Ogos 2011.

Tahniah kepada penulis, penerbit, Novel ini menduduki no 2 Carta Bestseller di POPULAR untuk 5 minggu berturut2.

Jika anda ingin membaca bab awal novel ini untuk penilaian awal sebelum membeli, layari di http://www.penulisan2u.my/tag/cinta-kontrak/

Sumber: Penulisan2u

Footnote: Fuza klau baca novel dalam sehari dh boleh habiskan... sampai x tido... kan bagus klau dpt baca Al-quran mcm ni...  hehe.. terkona den... :-)

3 comments:

  1. Salam.
    Awal pose ari dah baca novel ni.. tak sampai sehari pun.. cerita ni mmg best...

    ReplyDelete
  2. cam besh jerk... nnt bli gak la nnt...
    dh bc ke penulisan baru siti rosmizah..?
    besh ^_^
    Lafazkan kalimah cintamu and 7 hari mencintaiku...
    heehee..'hapie reading'

    ReplyDelete
  3. halamakkk!!nyesal lak x bli..nk kne g cri gak ni..hehe..tengs for the review!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...