Monday, 14 November 2011
Saturday, 5 November 2011
Salam Aidiladha buat semua umat Islam...
Sebut raya kita hoorayy..
lembu kambing say no way..
Ayam itik start run away..
Aidiladha now on the way...
So, I would like to say...
Salam Aidiladha... buat semua umat islam... :-)
Salam Aidiladha... buat semua umat islam... :-)
Amazing Lion.. be friend with human... love it so much... :-)
Part 1
Part 2
Part3
Part 4
Part 5
Full ending..
Footnote: Tetiba rasa macam nak bela lion... comelnya, besar, sedap peluk... klau kucing aku lion kan bagus.. hikhik... :-)
Sunday, 25 September 2011
Bila otak tgh blur....
Assalammualaikum... waa.. dah lama x update blog.. huhu... sampai dah x tahu nak taip apa... boleh x, taip ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ... ok.. selesai.. hehe.. boleh jer.. ni kan blog I, so what ever la I nak taip apa.. huahua... nampak sngt boringnya...apa2 pun gud luck all... and smile Always... :-)
Footnote: when you are sad, it is better to make someone else to smile... :-)
Footnote: when you are sad, it is better to make someone else to smile... :-)
Friday, 2 September 2011
Jatuh Cinta dengan cerita " hui jia de yuo huo " ataupun "kepulangan"...
Assalammualaikum...
Korang minat x dengan drama hongkong... Hui jia de yuo hua atau dalam bahasa melayunya "kepulangan" yang ditayangkan, setiap isnin hingga jumaat jam 6 ptg di TV2.. Crita ni best sngt... Jalan cerita drama ni memang menarik... Jam 6 ptg.. confirm fuza melekat depan TV.. hehe.. klau terlepas tgk citer ni.. rasa macam x puas jer... Nak tau synopsis.. jom baca di bawah.. (jumpa dalm internet... nak crita sendiri x pandai.. hehe
Korang minat x dengan drama hongkong... Hui jia de yuo hua atau dalam bahasa melayunya "kepulangan" yang ditayangkan, setiap isnin hingga jumaat jam 6 ptg di TV2.. Crita ni best sngt... Jalan cerita drama ni memang menarik... Jam 6 ptg.. confirm fuza melekat depan TV.. hehe.. klau terlepas tgk citer ni.. rasa macam x puas jer... Nak tau synopsis.. jom baca di bawah.. (jumpa dalm internet... nak crita sendiri x pandai.. hehe
Cantik kan... :-) |
The popular Korean drama Temptation of Wife is translated into Chinese in the Hunan TV series Hui Jia De You Huo, which achieved the highest national ratings for a Mainland drama since the glorious days of Princess Returning Pearl. Starring Korean actress Choo Ja Hyun (Scent of Love), Hong Kong starlet Rain Li, and Mainland actor Ling Xiaosu, the urban romance drama tells a captivating story surrounding the hypothesis of "How would I live my life if I were to start again in a different identity?" For Lin Pinru (Choo Ja Hyun), that would mean the metamorphosis from a meek, dutiful housewife to an independent and determined modern woman. Devoted to her husband (Ling Xiaosu), Pinru used to live a simple, happy life. But when she bitterly finds out that he's had a secret affair with her best friend (Rain Li), things culminate in her "rebirth" as a different person to take revenge on those who betrayed her.Ni lagu tema citer ni... best..
Ni lak lagu dalam versi Korea... tp dalam versi korea.. tajuk citer ni... Temptation of Wife..
Klau nak tgk episod terakhir... hihi.. tgk ni.. tp x fhm pun.. Yang penting Happy Ending.. love it... Lin pin Ru bersama dngan Wen Yuan... :-)
Hehehe... cantik kan...
Jom tengok ramai2 citer ni...memang best... Klau sape2 ada citer ni, nak download... Please... :-)
Thursday, 25 August 2011
My words: MATA, HATI dan CINTA
Jika CINTA hanya di MATA....
CINTA akan hilang saat MATA merasa kekurangan....
Jika CINTA datangnya pada HATI...
CINTA akan sentiasa Menemani....
CINTA akan sentiasa melengkapi...
CINTA akan sentiasa Meredhai...
CINTA yang di cari dengan MATA...
Pastikah akan bahagia selamanya...
CINTA yang dicari dengan HATI...
Kebahagiaan pasti akan menanti....
By: Fuza Abdullah
Jika CINTA datangnya pada HATI...
CINTA akan sentiasa Menemani....
CINTA akan sentiasa melengkapi...
CINTA akan sentiasa Meredhai...
CINTA yang di cari dengan MATA...
Pastikah akan bahagia selamanya...
CINTA yang dicari dengan HATI...
Kebahagiaan pasti akan menanti....
By: Fuza Abdullah
Footnote : Cinta yang sejati hanya pada Allah SWT... Dia sentiasa menyayangi walaupun diri kekurangan... sentiasa memberi saat diri memerlukan... Carilah cintaNya, sebelum kamu mencari cinta hambaNya... Kerana tanpa CintaNya, cinta sejati dari hambaNya yang bertakwa bukanlah mudah untuk kau perolehi... Percayalah dengan Janji-janji Allah... sesekali Dia tak akan menghampakan hambanya yang sering berusaha, bertawakal dan mengingatiNya dalam setiap doa yang dipanjatkan.. Semuanya bermula dengan HATI... jangan percaya pada pandangan MATA... kerana mata mampu merosakkan HATI... Jagailah kemanisan IMAN.. Hanya Iman yang bertakhta di hati mampu mengesan apa yang tersirat.... SesungguhNya Allah SWT lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya... Kita sebagai hambanya hendaklah selalu berdoa dalam mendapatkan yang terbaik dan diredhainya dalam setiap langkah yang dicipta...
Wallahuallam... :-)
Wednesday, 24 August 2011
Ahli Falak Ramal Aidilfitri selasa depan...
KUALA LUMPUR – Beberapa orang ahli falak yakin umat Islam akan menyambut hari raya Aidilfitri pada Selasa, 30 Ogos ini berdasarkan kajian dan perkiraan hisab serta kedudukan anak bulan Syawal.
Menurut Yang Dipertua Persatuan Falak Syarie Malaysia, Tuan Syed Kamaruzaman Syed Kabeer, andaian itu dibuat kerana penentuan awal Syawal 1432H menggunakan kaedah rukyah (cerapan) dan hisab berpandukan kriteria imkanur rukyah (kebolehnampakan).
“Berdasarkan perkiraan itu, anak bulan dijangka sudah cukup syarat untuk memulakan bulan baharu (Syawal) pada 30 Ogos ini,” jelasnya ketika dihubungi di sini semalam.
Beliau bagaimanapun menjelaskan, tarikh sebenar hari raya tetap tertakluk kepada perisytiharan Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja.
Menurutnya, perkiraan hisab di negara ini turut diamalkan di negara serantau seperti Indonesia dan Singapura.
Di Melaka, Ketua Bahagian Falak Syarie Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Dr. Kassim Bahali juga sependapat dengan Syed Kamaruzaman bahawa hari raya diramalkan jatuh pada Selasa kerana berdasarkan hisab, kedudukan bulan pada 29 Ogos ini bersamaan 29 Ramadan memenuhi kriteria Imkarnur Rukyah (kebolehnampakan).
“Hilal iaitu anak bulan dijangka memenuhi syarat minimum yang ditetapkan iaitu umur anak bulan sudah melebihi lapan jam.
“Anak bulan ialah cahaya bulan yang mula-mula kelihatan selepas ijtimak iaitu kedudukan bumi, bulan dan matahari berada dalam satu garisan,” katanya ketika dihubungi di Melaka semalam.
Beliau menjelaskan, berdasarkan faktor ini, 1 Syawal 1432 Hijrah dijangka jatuh pada Selasa, 30 Ogos ini.
Sumber: Kosmo
Footnote: Teringat kenangan pegi cerap anak bulan kat perlis dulu.... Time study... tp waktu tu, g cerap anak bulan ramadhan... Cantik sangat... Kitaorang cerap guna total station seperti pic kat atas... memang nmpak jelas klau time cerap tu xda awal tebal... Total station tu juga boleh digunakan untuk cerap matahari... tapi jgn cerap terus tnpa cover yg dia sediakan...nnti rosak mata.. cerap matahari ni tujuannya.. untuk tentukan kedudukan atau position kita di atas bumi.. True Azimuth.. Contohnya Latitude n longitude.. tp pnjang sngt pengiraannya... Penat.. Coz kena buat 15 cerapan... satu cerapan pun dh amik masa lama.. Sakit mata... pengiraannya pun panjang... so, ada juga la yg menipu waktu pengiraan time study dulu.. tp kena pintar nak menipu kira ni.. kang x pasal2 kena tgkap ngan lecturer.. tp itu time study la... sebnrnya.. klau yg dh cekap tu, memang kejap je nak buat semua ni... software pun ada, x pyah susah2 nak kira... tp nak belajar, semestinya kena blajar yg basic dulu kan... hehe..
Novel: Cinta Kontrak
Salam... sesiapa yg minat novel boleh la baca entry ni... yg x minat pun boleh juga baca... hehe.. Ada Novel terbaru... macam best.. n fuza rasa nak beli.. tajuk dia Cinta Kontrak... Nak tahu lebih lanjut jom tgk bawah... :-)
(NOVEL DI PASARAN) CINTA KONTRAK - Nurul Ain Syuhada
DISKAUN 20% untuk novel ini di outlet POPULAR seluruh negara
"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.
Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.
(NOVEL DI PASARAN) CINTA KONTRAK - Nurul Ain Syuhada
DISKAUN 20% untuk novel ini di outlet POPULAR seluruh negara
"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.
Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.
Tuesday, 23 August 2011
Segmen Request: Saya Nak Doodle Alif Ismail
Assalammualaikum... tetiba rasa macam nak join segmen Alif ni... Nak tau lebih lanjut.. Tgk banner kat bawah n click... :-)
Footnote :
Smile... :-)
senyum itu sedekah.. Milikilah..
Sebuah hati yang tidak pernah membenci,
Sebuah senyuman yang tidak pernah pudar,
Sebuah senyuman yang tidak akan pernah menyakitkan dan,
Sebuah persahabatan yang tidak akan pernah berakhir.... :-)
Fuza nak sngt doodle dr alif ni.. doodle yg dia buat semua kiut miut... berminat sangat... sebelum ni fuza x tau apa tu doodle.. biasa la.. baru jejak kaki dalam dunia blog ni.. hehe.. sekarang dh tau la.. Fuza nak buat sendiri x pandai.. so, harap sngt alif dapat tolong buatkan doodle yang comel tuk fuza... :-)
Klau boleh.. Fuza nak doodle mata hitam... Hitam itu menawan... :-)
Dodol di jual di dalam pekan..
Dodol di makan bersama rakan..
Sangat berharap doodle di buatkan...
Ucapan terima kasih saya hulurkan... :-)
Footnote :
Smile... :-)
senyum itu sedekah.. Milikilah..
Sebuah hati yang tidak pernah membenci,
Sebuah senyuman yang tidak pernah pudar,
Sebuah senyuman yang tidak akan pernah menyakitkan dan,
Sebuah persahabatan yang tidak akan pernah berakhir.... :-)
Monday, 22 August 2011
Thanks to Ikhwan...
Entry kali ni... fuza nak ucapkan terima kasih buat adik ikhwan sebab buat entry khas utk fuza... katanya menaikkan semangat nak raya bila buka blog fuza... hehe... malu la pula, puasa x habis lg.. dh nak raya.. :-)
Ok la... ni blog Ikhwan.. smart blog dia... tema green n black.. Blog dia pun Ok n menarik... follow la blog dia... nak tau lebih lanjut jom kenal ikhwan... click banner kat bawah ni.. :-)
Ok la... ni blog Ikhwan.. smart blog dia... tema green n black.. Blog dia pun Ok n menarik... follow la blog dia... nak tau lebih lanjut jom kenal ikhwan... click banner kat bawah ni.. :-)
p/s: Sebaik-baik sehabat di sisi Allah ialah orang yang baik terhadap temannya... dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang baik terhadap jirannya (Hadis Riwayat Al-Hakim)... :-)
Saturday, 20 August 2011
10 Surah dapat menghalang 10 perkara...
>Surah Al-Fatihah dpt mghlg kemurkaan Tuhan.
>Surah Yaasin dpt mghlg dahaga pada hari Kiamat.
>Surah Ad-Dukhaan dpt mghlg huru-hara hari Kiamat.
>Surah Al-Waqi'ah dpt mghlg kefakiran.
>Surah Al-Mulk dpt mghlg azab kubur.
>Surah Al-Kautsar dpt mghlg kejahatan musuh.
>Surah Al-Kafiruun dpt mghlg kekufuran ketika waktu nazak.
>Surah Al-Ikhlas dpt mghlg sifat nifaq.
>Surah Al-Falaq dpt mghlg hasad dengki manusia.
>Surah An-Naas dpt mghlg was-was.
p/s: Bersama-samalah kita mencari dan menghayati kelebihan Ayat2 serta surah2 yang terkandung dalam kitab suci Allah swt... semoga bermanfaat... :-)
Friday, 19 August 2011
Mencari malam Lailatul Qadar.. Bagaimana????
![]() |
Ihsan Google |
Seperti yang kita ketahui, Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya... maka kita sebgai umat islam digalakkan untuk merebut pahala di sepuluh malam terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam terakhir ini adanya malam Lailatul Qadar. Di malam itu malaikat dan Ruh turun dengan izin Tuhan mereka dalam semua urusan.
Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya: " Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya: " Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu "
Thursday, 18 August 2011
Give away From Wirda Warna
Assalammualaikum.. hari ni fuza rasa macam teringin lak nak join GA from blog Wirda warna ni.. macam best jer contest ni... Klau nak join.. korang boleh click banner kat bawah ni... Boleh tahu lebih lanjut tentang GA ni..
Nak tau apa yang bestnya tentang GA ni.. semestinya la hadiah yang di tawarkan... jeng, jeng, jeng.. this bag... cantik kan..
Nak tau apa yang bestnya tentang GA ni.. semestinya la hadiah yang di tawarkan... jeng, jeng, jeng.. this bag... cantik kan..
Senang jer nak join ni... korang hanya perlu like... WirdaWarna facebook page dan satu lagi follow blogshop WIRDAWARNA .. just follow n like jer.. lagipun x rugi like n follow dua page tu... dalam page tu ada jual bermacam2 jenis bag yang comel n cute dengan harga yang berpatutan... Nak beli memang ok sngat.. isi jer form yang disediakan dalam page tu... confirm cantik punya la... Jom join.. sambil membeli belah... boleh pakai raya nanti... :-)
Nak tag kawan2 pula la...
Ok done... :-)
Wednesday, 17 August 2011
BEN ASHAARI, PENDAPAT SAYA IALAH
Asslammualaikum.. firstime nak join segmen bersama Ben Ashaari... tetiba tertarik nak berikan pendapat.. MENGAPA WANITA CURANG... jika nak join.. klik la banner di bawah:
Pendapat saya ialah:
Pendapat saya ialah:
Bagi saya la… semuanya mesti lah melihat kepada keperibadian seorang wanita… buruk atau baik..
Yang pertama… jika wanita tu jenis yang Materialistik… confirm la dia akan curang jika ada lagi lelaki yang lebih baik, yang lebih kaya dari boyfriend dia… Klau jenis wanita yang macam ni.. dh berkahwin pun x mustahil akan curang jika hidup susah… hanya memandang harta dan benda.. jika susah pasti xkan dapat hidup bersama… Yang ini memang saya x suka la.. walaupun saya sendiri seorang wanita…
Ketam masuk perut...
Eh, bukan ketam yang hidup tu yer masuk dalam perut... ketam yang dh masak... hehe.. suspen jer tajuk.. fuza ni sebenarnya pantang nmpak ketam... xkisah la.. ketam masak apa.. semua suka.. tp fuza lebih suka.. ketam goreng jer.. makan tengah panas, garing2... memang sedap.. nyum, nyum...
Erm... hari tu teman tok g pekan hari beli barang2 dapur.. jlan2.. ternampak ada orang jual ketam.. sepinggan Rm5.. apa lg.. fuza pun beli la Rm10.. bermaksud 2 pinggan la kan... hehe.. seronok sebab dpt beli ketam dgn hrga murah.. tp ketam ni kecil jer.. asalkan nama ketam... semua boleh masuk perut...
Sesampainya kat rumah, fuza goreng ketam dan buat masak lemak ketam cili padi untuk hidangan berbuka... ini dia, fuza masak... seperiuk fuza masak.. sedap x??? hehe..
Sebenarnya senang jer nak masak lemak ni.... nak fuza ajar.. boleh jer... tp fuza xpandai tulis resepi ni.. harap korang faham la yer... jom tgk bhn2nya...
Salam Nuzul Al-Quran untuk semua...
Tanggal 17 Ramadhan merupakan satu tarikh yang selalu diperingati oleh umat Islam. Pada tarikh inilah masjid-masjid dipenuhi dengan ceramah dan media massa terutamanya televisyen tidak akan terlepas menyiarkan rancangan atau kuliah sempena memperingati Nuzul (penurunan) Al-Qur’an. Majlis Tilawah Al-Qur’an juga tidak pernah ketinggalan diadakan bersempena meraikan bulan yang penuh keberkatan ini. Ratusan ribu dibelanjakan setiap tahun semata-mata untuk memperdengarkan bacaan Al-Qur’an oleh peserta-peserta yang bersaing merebut gelaran Qari atau Qari’ah. Pendek kata, pelbagai program tak putus diadakan sempena menyambut tarikh penurunan Al-Qur’an ini. Bagi kebanyakan individu pula, pada bulan inilah mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menghabiskan bacaan 30 juzuk Al-Qur’an sebagai satu kelaziman.
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Seperti yang di ketahui, Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
Tuesday, 16 August 2011
Cara menangani secret admire...
Tapii... kepada sesiapa yg ada peminat rahsia ni, Ingat.. kena lah berhati-hati.. Takut nanti malu sendiri... bukannya apa, takut juga klau ada yang ingin mengenakan kita... Namun.. x baik bersangka buruk ngan orang.. tapi adalah lebih baik kita berhati2 sebelum terus mempercayainya... Jika ada sesiapa yg sedang melaui situasi ni.. kat sini fuza ada lngkah2 bagaimana cara nak tangani secret admire yg fuza jumpa dlm sebuah majalah dn nak kongsikan dengan semua.. xkira la lelaki ke perempuan... boleh je baca... jom ikuti langkah2 tersebut..
Yang pertama: Jangan terlalu ghairah..
Jika ini adalah pertama kali korang mempunyai secret admire dan korang terlalu gembira kerana ada insan lain yg meminati korang... tapi jgn lah terlalu ghairah.. takut nnti x seindah impian... kawal emosi dan perasaan korang kerana mungkin secret admire bukanlah sehebat yang disangkakan.. takut nnti kecewa dalam diri... klau tidak, masakan dia menyembunyikan diri... tp xbaik bersangka buruk dengan org.. think positive...:-)
Monday, 15 August 2011
Sunday, 14 August 2011
Saturday, 13 August 2011
Friday, 12 August 2011
Abang, Tunggu mak di syurga ya...
Ada satu kisah yang aku terbaca yang buatkan air mata ni menitis... mungkin cerita ni dah lama.. dan ada yang pernah membaca... tp aku ingin kongsikan juga kisah sedih ni... yang mnceritakan pengorbanan seorang ibu untuk anaknya.... jom kita selami kisahnya...
Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.
Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.
Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.
Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.
"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.
Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.
"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"
Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.
Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.
Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"
Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.
Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.
Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.
Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.
Thursday, 11 August 2011
I have got one call again...
"Asslammualaikum... apa khabar??" selamat berpuasa..... dlm hati ... amboi siapa pula la ni.... lelaki yang bercakap tapi bercakap ala gaya formal... ermmm
Dengan sopannya aku pun mnjawab "Waalaikumussalam.. Alhamdulillah sihat... selamat berpuasa juga..."
Si lelaki tu pun bercakap... Alhamdulillah... dah bangun tido??... dalam hati cakap lg.. amboi.. macam tahu2 jer aku baru bgn tido...cover2.. hehe..
Aku pun dengan malunya mnjawab lg.... Eh xda la En.... hehehe..
Sebenarnya nak bagitahu ni.. awak ada temuduga nanti pada 15/8 ni... dekat _______, Bawa________... bla,bla,bla.... (mode: malas nak taip coz bnyk sangt dia ckp)
Rupa-rupanya nak cakap pasal temuduga.... Temuduga untuk sebuah jabatan kerajaan... tp aku rasa x pegi kot.. coz aku dh terikat dengan keja kat Penang tu... lgpun gaji kat penang tu lebih bnyk dari yg kerajaan ni.. igt nak cari pengalaman kat company swasta dulu.. then baru apply kerajaan... hari tu sj jer mohon.. x sgka lak dipggil temuduga....
Tapi, baik pula En.yg call tu... xtau la pulak nama En tu apa... tp memang baik la... peramah lak tu.. daripada bersembang pasal temuduga terus bersembang pasal raya... nasib la... ramah sngat... siap dia ingatkan aku balik pasal temuduga ni... Thanks yer En. xtahu nama coz informkan pasal temuduga ni... :-)
Wednesday, 10 August 2011
Kisahku dan Raya...
Bila teringat hari raya yang bakal menjelma... fuza teringatkan pengalaman fuza beraya di perantauan.... Perantauan bg fuza ni xla jauh sampai abroad tu... oversea ada la... just di sabah jer...hehe...
Ceritanya bermula... bila fuza dapat tawaran masuk pra-sains kat uitm sabah... tapi sebenarnya.. kos pra sians ni... fuzah dah tersalah faham memohon.. biasa la baru lepas sekolah... cikgu kaunseling fuzah ckp, kononnya.. pra-sains ni.. pra degree... so, apa lagi... mohon la fuza.. siap first choice lagi... alih-alih dapat.. dekat sabah lak tu.. igt nak mnta tukar... fuza call uitm tanya.. buat surat lg.. tp diaorag ckp kena blajar juga dalam tempoh satu sem... biasalah xda cable besar.. susah la sikit... so, dengan perasaan nak xnak terima juga... berat hati juga nak tinggalkan kampung halaman... lagipun.. fuza xnak masuk form 6... masa form 6 fuza amik kelas sains... bagi fuza susah... coz fuza x minat bio.. xsanggup fuza nak teruskan... tp pra-sains ni pun.. belajar bio juga... hehe.. lgpun sekolah yang fuza masuk form 6 ni, jauh dari rumah... kesian lak fuza tgk ayah fuza tiap2 hari hantar dan jemput fuza dari sekolah... nak x nak.. fuza pegi juga kat uitm sabah ni...tapi nasib baik la.. ada kawan sekolah yang rapat dengan fuza dpt sesama study kat situ... dia pun senasib dengan fuza... hehe.. namanya Eiha.. wktu sekolah dulu.. ada cikgu yang cakap kitaorang kembar... hehe.. nak pegi ke sabah dulu... abang eiha yang banyak tolong...
Anak dan mak....
Anak: mak.. apa ada dalam perut mak tu??
Mak: adik kamu la...
Anak: mak benci adik ke??
Mak: Ehh, x pernah mak benci anak mak...
Anak: Dah tu.. kenapa mak telan adik??
Mak: Bertuah betul budak ni.. nak kena hempuk ke..!!!
Hahaha... lawak2... lawak bulan puasa...
Tuesday, 9 August 2011
Aku dan cinta...
Aku dan cinta??? dulu....
ermm.. bercakap mengenai cinta, dulu aku pernah bercinta... dengan seorang lelaki yg aku kenal melalui seorang kawan... tp malas la aku nak bercerita berkenaan percintaan kami... biarlah semua kenangan terkubur dgn masa.. harapan dan impian yang dibina musnah di tengah jalan... Aku xingin salahkan sesiapa, meungkin salah aku juga.. lebih baik berfikiran positive...:-) Lagipun sekarang dia dh jadi milik orang.. berkahwin dengan pilihan family... aku mengaku, pada mulanya aku memang sedih bila dapat tahu dia akan berkahwin... tapi apa dayaku.. aku hanya mmpu melihat dan menangis dalam diam... akhirnya aku terfikir, buat apa aku nak meratap sesuatu yng bukan mnjadi milik aku... mungkin ada hikmah di sebaliknya... Aku doakan dia bahagia dan mndapat apa yang diimpikan... Aku redha dengan ketentuan Ilahi... mungkin ada yang terbaik buatku... :-)
Aku dan cinta??? sekarang....
Erm.. bila fikirkan hal sekarang... tiada lagi lelaki yang dapat menghuni hatiku... nak kata aku terlalu kecewa dgn cinta lama dan xpercayakan lelaki.. tak juga... bukan x ada orang yang cuba mendekatiku... tp, hatiku bagai tertutup untuk menerima sesiapa buat masa sekarang... bukan aku tak ingin.... tapi.. aku masih x jumpa kunci yang dapat membuka pintu hatiku buat kali kedua... Apa yang aku boleh buat, aku hanya serahkan pada takdir dan masa yang menentukan....
Aku dan cinta?? pada masa akan datang...
Erm... bila fikirkan masa yang akan datang... aku harapkan.. cinta yang akan hadir dalam hidupku nanti adalah sebenar-benar cinta yang ikhlas buatku..... Aku mengharapkan cinta yang halal... hadir ikhlas kerana Allah.. Cinta yang akan membawa kami menuju ke taman syurga.. Taman yang dipenuhi dengan cinta... Cinta yang akan sentiasa membimbingku ke jalan yang benar... cinta yang akan memberiku bahagia dan cinta yang pastinya akan membuatku bertambah mencintai Allah swt... hanya kepadaMu Ya Allah aku memohon... kerana Engkau lah yang mengetahui segalanya-galanya... dan Engkau juga lah yang menentukan segalanya.... Hanya kepadaMu aku berserah apa yang terbaik buatku...
Amin... :-)
Saturday, 6 August 2011
Harta pusaka nenek
Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.
Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."
Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).
Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."
Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"
Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."
Rahmat : "?????"
hahaha.. lawak2... nenek moden.. macam gitu la gamaknya yer... hehe
Cara buat bedak sejuk...
Erm... entry kali ni, dah baca tajuk pun tahu kan.. apa yang fuza nak ceritakan kat sini... Bedak sejuk??? ermm... orang perempuan terutamanya mesti tahu kan apa itu bedak sejuk.. hehe.. semua orang pun tahu la... bedak sejuk ni selalunya orang perempuan la pakainya.. .. klau lelaki.... xpernah pula fuza tengok orang lelaki yang fuza nampak seumur hidup fuza ni pakai...tapi x tahu la kan.. klau orang lain yang fuza x nmpak... mungkin ada yang pakai... selalunya bedak sejuk ni orang pakai time malam... bertempek penuh muka bedak ni... putih dah macam hantu.. hehe... Tp bedak sejuk ni, banyak kelebihannya... Nak tau.. jom tengok bawah... jap lagi fuzah ceritakan cara yang paling simple nak buat bedak sejuk... jom tgk kelebihannya dulu... :-)
Kelebihan bedak sejuk :
1) Melicinkan kulit muka
mesti ramai yang tahu kan khasiat beras... bedak sejuk ni dibuat daripada beras yang di rendam dan beras pula memang diketahui baik untuk kulit muka.. so, x payah nak beli produk2 yang mahal2... just pakai bedak sejuk pun dah ok sebenarnya... asli pula tu... orang dulu-dulu xda pun alat kosmetik macam sekarang.. tap still cantik kan...
2)Minyak pada muka akan berkurangan dan muka rasa segar serta tegang
Klau pakai bedak sejuk ni, bila dah kering muka rasa gebu jer.. sebenarnya ia dapat serapkan minyak dan secara x langsung boleh la hilangkan sedikit jerawat.. hehe.. cuba la.. muka pun rasa segar jer...
3)Dapat menyejukkan kulit muka
Nama pun bedak sejuk... dah pasti la dapat sejukkan kulit muka... hehe...
Sebenarnya fuza rasa banyk lagi kelebihannya... tambahan pula jika bedak sejuk yang dibuat secara tradisional dan menggunakan ramuan tertentu.. pasti banyak khasiatnya... tapi ini fuza letakkan serba sedikit kelebihan yang fuza tahu hasil daripada pemakaian fuza sendiri... :-)
Subscribe to:
Posts (Atom)