Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Jumaat membentangkan Belanjawan 2013 yang
menggariskan lima fokus utama untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di seluruh
negara.
Belanjawan
bertemakan “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati” itu
bertujuan memastikan pertumbuhan ekonomi mapan, perbelanjaan berhemah dan
mengurangkan defisit fiskal negara dengan matlamat keseluruhan mengutamakan
kesejahteraan rakyat, juga bakal memberi keselesaan kepada pelbagai
lapisan masyarakat termasuk masyarakat desa, petani, buruh, nelayan, guru,
pekebun kecil, pensyarah, karyawan, penjawat awam dan golongan profesional
serta usahawan.
1. Gambaran umum Bajet 2013
o Pendapatan per
kapita negara sebanyak RM31,000 dan rizab antarabangsa sebanyak RM432.2 bilion.
o Hasil kerajaan
pada 2013 dijangka sebanyak RM208.6 bilion berbanding RM207 bilion pada 2012.
o Defisit kerajaan
pada 2013 dijangka sebanyak 4 peratus berbanding 4.5 peratus pada 2012.
o Perbelanjaan
mengurus sebanyak RM201.9 bilion dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM49.7
bilion.
2. Intipati Penting
o Perbadanan
Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen
dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.
o Elaun Cukai
Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum
kepada yang layak.
o Program Insentif
Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai
pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun
pertama operasi.
o Perbelanjaan
menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun
mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
o Dana Infra
Nasional Bhd menerbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk
membiayai pembangunan MRT
o RM3.0 bilion
diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.
o Penyediaan Dana
Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga
Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan
teknologi oleh syarikat tempatan.
o Penyediaan dana
sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.
Industri halal
o SME Bank dengan
kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak
RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.
o Pemberian insentif
cukai bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum dengan
pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 10 tahun, pengecualian cukai pegangan
dan duti setem.
o Pemberian
pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 3 tahun pertama pengendalian syarikat
dagangan LNG.
Petani, nelayan & penjaja kecil
o Skim perlindungan
insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had
maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.
o Memperkenalkan
empat kawasan jelapang padi baru berkeluasan 19,000 hektar di Kota Belud,
Batang Lupar, Rompi dan Pekan, dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik padi.
o Sebanyak 55,000
nelayan diberikan bantuan RM200 sebulan dan skim insurans perlindungan dengan
perlindungan maksimum hingga RM100,000.
o Subsidi dan
insentif pertanian sebanyak RM2.4 bilion diteruskan
o Memperkenalkan
skim takaful pertanian sehingga RM13,000 kepada 172,000 pesawah.
Galakan amanah perniagaan
o Pengecualian cukai
pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange,
pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi
pemaju hartanah.
o Yayasan Wakaf
Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk
merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan
Agama Islam Negeri.
o RM9.0 bilion atau
43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada
syarikat Bumiputera.
o Dana Pembiayaan
Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu
PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti
bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.
o Skim Jaminan Modal
Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat
Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham
syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.
Pasaran modal
o Terbitan dua
tawaran permulaan awam (IPO) terbesar di dunia melalui Felda Global Ventures
Holdings (RM9.9 bilion) daqn IHH Health Berhad (RM6.3 bilion).
o DanaInfra Nasional
Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai
pembangunan MRT.
o Perbelanjaan tambahan
menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai
tahun taksiran 2012 hingga 2015.
o Pelabur individu
diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus
niaga bon dan sukuk runcit.
o Suruhanjaya
Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor
swasta bagi melatih 1,000 graduan.
o Peruntukan modal
Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini
dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.
o RM100 juta
disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran
Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.
Imbuhan
o Seramai 1.4 juta
ahli Perkeso diberikan pemeriksaan percuma bernilai RM200 juta.
o Diskaun separuh harga
bayaran pasport kepada warga emas RM150 untuk lima tahun dan RM80 untuk dua
tahun.
o Diskaun separuh
harga bayaran pasport kepada warga emas RM150 untuk lima tahun dan RM80 untuk
dua tahun.
o Sebanyak 40,000
tangki air akan dibekalkan di pedalaman Sabah-Sarawak.
o Sebanyak RM100
juga diperuntukkan untuk menaik taraf 350 klinik kerajaan.
o Pemeriksaan
percuma mamogram untuk 100,000 wanita.
o Rebat kepada belia
(21-30 tahun) RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G.
o Diskaun separuh
harga tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan bawah RM3,000.
o Had pendapatan
Skim Rumah Pertamaku ditetapkan RM10,000 untuk suami-isteri dan RM5,000 untuk
individu dengan nilai hartanah tidak lebih RM400,000.
o Bantuan Rakyat
1Malaysia 2.0 (BR1M) RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang
berpendapatan bawah RM2,000.
o Diskaun separuh
harga tambang feri Sarawak-Labuan-Sabah.
o Bantuan
persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah diteruskan.
o Baucar buku RM250
kepada pelajar universiti diteruskan.
o Pelepasan cukai
SSPN dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000.
o Pemberian diskaun
20 peratus kepada penyelesaian sekali gus pinjaman PTPTN (sehingga 30 September
2013).
o Diskaun 10 peratus
kepada pembayar PTPTN yang konsisten.
o Pemberian bonus
sebulan setengah kepada penjawat awam.
Pasukan keselamatan
o Seramai 125,708
anggota tentera diberikan insentif khas RM200 sebulan.
o Elaun wataniah
dinaikkan dari RM4 kepada RM7.8 sejam.
o Seramai 224,000
pesara tentera tidak pencen mendapat bantuan one-off RM1,000.
o Seramai 242,200
anggota polis dan tentera akan menerima insurans berkelompok kepada dengan had
perlindungan RM15,000.
Pinjaman perumahan & pelatih praperkhidmatan
o Pinjaman perumahan
penjawat awam akan disusun semula, manfaat dan bantuan kekal 4 peratus.
o Seramai 31,135
pelatih akan mendapat kenaikan elaun praperkhidmatan.
o Unit Rondaan
Bermotosikal dengan 1,000 motosikal di kawasan perumahan.
o SPRM akan ditambah
baik dengan penambahan 150 perjawatan (5,000 anggota).
Sources: Malaysia kini
Sources: Malaysia kini