Rama-rama...
Kau cantik dalam rupamu...
Kau indah dalam bentukmu...
Kau bebas dalam terbangmu..
Kau berikan inspirasi..
Kau berikan keindahan
Rama-rama...
Terbangmu mengindahkan alam..
Terbangmu menceriakan suasana..
Memberikan senyuman pada yang memandang..
Hinggapmu menyempurnakan sekuntum bunga..
Rama-rama..
Sedarkah dikau..
Dirimu sentiasa menjadi perhatian..
Dirimu sentiasa dalam bahaya..
Ada sahaja perangkap di sebalik kebebasanmu..
Berhatilah wahai sang rama-rama..
Rama-rama..
Jangan kau jadikan keindahanmu hanya di lihat di bingkai kaca...
Cantik dipandang tapi diri menanggung beban..
Hanya terkurung mati di dalam bingkai..
Rama-Rama..
Berhati-hatilah dalam mengibarkan sayap indahmu..
Usah sesekali kau terperangkap lagi..
Oleh tangan yang akan meleraikan warna Indahmu..
Rama-rama..
Jadikan dirimu seindah dipandang...
Bebas mengibarkan sayap indahmu..
Mencari Taman Indah bunga yang satu..
Sentiasa mengindahkan Alam..
By: Fuza Abdullah
No comments:
Post a Comment