Friday 26 October 2012

Ciri -Ciri Wanita Yang Cantik...

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.
seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya. Sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN
Percaya atau tidak kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.Kenapa? kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya. Alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3) TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.
Tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4) TABAH DI SAAT TERHINA
Setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.
Ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.


5) MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.
Namun bagi seorang wanita yang cantik itu, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya. Kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah. Subhanallah.

6) MENGASIHI TANPA BALASAN
Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.
Kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus. Malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7) BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILAHI
Dia hanya berharap kepada YANG ESA dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.
Wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang. Suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.
Footnote: Semoga kita, sebagai wanita tergolong di kalangan wanita yg cantik dan solehah.. Amiiinnn... :)
Article: copy paste from others, sebagai rujukan bersama... :)

Friday 28 September 2012

PEMBENTANGAN BAJET 2013

Hari ni bajet 2013 dah dibentangkan. Banyak juga peruntukan yg disediakan. Berikut merupakan ringkasan pembentangan:




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Jumaat membentangkan Belanjawan 2013 yang menggariskan lima fokus utama untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di seluruh negara.
Belanjawan bertemakan “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati” itu bertujuan memastikan pertumbuhan ekonomi mapan, perbelanjaan berhemah dan mengurangkan defisit fiskal negara dengan matlamat keseluruhan mengutamakan kesejahteraan rakyat,  juga bakal memberi keselesaan kepada pelbagai lapisan masyarakat termasuk masyarakat desa, petani, buruh, nelayan, guru, pekebun kecil, pensyarah, karyawan, penjawat awam dan golongan profesional serta usahawan.
1.  Gambaran umum Bajet 2013

o    Pendapatan per kapita negara sebanyak RM31,000 dan rizab antarabangsa sebanyak RM432.2 bilion.
o    Hasil kerajaan pada 2013 dijangka sebanyak RM208.6 bilion berbanding RM207 bilion pada 2012.
o    Defisit kerajaan pada 2013 dijangka sebanyak 4 peratus berbanding 4.5 peratus pada 2012.
o    Perbelanjaan mengurus sebanyak RM201.9 bilion dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM49.7 bilion.

2.  Intipati Penting

o    Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.
o    Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.
o    Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.
o    Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
o    Dana Infra Nasional Bhd menerbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk membiayai pembangunan MRT
o    RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.
o    Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.
o    Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.
Industri halal
o    SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.
o    Pemberian insentif cukai bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum dengan pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 10 tahun, pengecualian cukai pegangan dan duti setem.
o    Pemberian pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 3 tahun pertama pengendalian syarikat dagangan LNG.
Petani, nelayan & penjaja kecil
o    Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.
o    Memperkenalkan empat kawasan jelapang padi baru berkeluasan 19,000 hektar di Kota Belud, Batang Lupar, Rompi dan Pekan, dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik padi.
o    Sebanyak 55,000 nelayan diberikan bantuan RM200 sebulan dan skim insurans perlindungan dengan perlindungan maksimum hingga RM100,000.
o    Subsidi dan insentif pertanian sebanyak RM2.4 bilion diteruskan
o    Memperkenalkan skim takaful pertanian sehingga RM13,000 kepada 172,000 pesawah.
Galakan amanah perniagaan
o    Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.
o    Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.
o    RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.
o    Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.
o    Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.
Pasaran modal
o    Terbitan dua tawaran permulaan awam (IPO) terbesar di dunia melalui Felda Global Ventures Holdings (RM9.9 bilion) daqn IHH Health Berhad (RM6.3 bilion).
o    DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.
o    Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
o    Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.
o    Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.
o    Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.
o    RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.
Imbuhan
o    Seramai 1.4 juta ahli Perkeso diberikan pemeriksaan percuma bernilai RM200 juta.
o    Diskaun separuh harga bayaran pasport kepada warga emas RM150 untuk lima tahun dan RM80 untuk dua tahun.
o    Diskaun separuh harga bayaran pasport kepada warga emas RM150 untuk lima tahun dan RM80 untuk dua tahun.
o    Sebanyak 40,000 tangki air akan dibekalkan di pedalaman Sabah-Sarawak.
o    Sebanyak RM100 juga diperuntukkan untuk menaik taraf 350 klinik kerajaan.
o    Pemeriksaan percuma mamogram untuk 100,000 wanita.
o    Rebat kepada belia (21-30 tahun) RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G.
o    Diskaun separuh harga tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan bawah RM3,000.
o    Had pendapatan Skim Rumah Pertamaku ditetapkan RM10,000 untuk suami-isteri dan RM5,000 untuk individu dengan nilai hartanah tidak lebih RM400,000.
o    Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M) RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM2,000.
o    Diskaun separuh harga tambang feri Sarawak-Labuan-Sabah.
o    Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah diteruskan.
o    Baucar buku RM250 kepada pelajar universiti diteruskan.
o    Pelepasan cukai SSPN dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000.
o    Pemberian diskaun 20 peratus kepada penyelesaian sekali gus pinjaman PTPTN (sehingga 30 September 2013).
o    Diskaun 10 peratus kepada pembayar PTPTN yang konsisten.
o    Pemberian bonus sebulan setengah kepada penjawat awam.
Pasukan keselamatan
o    Seramai 125,708 anggota tentera diberikan insentif khas RM200 sebulan.
o    Elaun wataniah dinaikkan dari RM4 kepada RM7.8 sejam.
o    Seramai 224,000 pesara tentera tidak pencen mendapat bantuan one-off RM1,000.
o    Seramai 242,200 anggota polis dan tentera akan menerima insurans berkelompok kepada dengan had perlindungan RM15,000.
Pinjaman perumahan & pelatih praperkhidmatan
o    Pinjaman perumahan penjawat awam akan disusun semula, manfaat dan bantuan kekal 4 peratus.
o    Seramai 31,135 pelatih akan mendapat kenaikan elaun praperkhidmatan.
o    Unit Rondaan Bermotosikal dengan 1,000 motosikal di kawasan perumahan.
o    SPRM akan ditambah baik dengan penambahan 150 perjawatan (5,000 anggota).

Sources: Malaysia kini

Thursday 20 September 2012

Tahniah Shila Amzah...

Tetiba aku nak post pasal ni.. aku sbelum ni xpernah lak minat shila amzah, tp semenjak dia bertudung ni, rasa minat la pula.. suara dia memang power... tambahan bila dia memenangi dalam pertandingan asian wave baru2 ni je... Tahniah shila... aku pun xnak ckp bnyk, sebab x tahu nak tulis apa.. hehe.. jom layan nyanyian shila di pertandingan asian wave tu.. memang terbaeekk... aku paling suka dgr dia nyanyi lagu ni... Forever Love...  walaupun x faham.. haha


Lagu yang lain pun terbaik juga... memang best suara dia...





Enjoyyyy...  :)

Saat Dipilih..




Aku hanya hamba Allah, hidupku hanya untuk Dia.. Aku salah seorg hambaNya yg terpilih, untuk menerima ujian dariNya yang mungkin paling berat bgku... Kekadang aku rasa aku tak mmpu menghadapinya, tp aku redha, kerana aku telah dipilih olehNya.. 

Aku xtahu, sampai bila aku harus bertahan, sampai bila aku harus mengalirkan air mata.. tapi aku tetap jalani hidupku dengan sebuah senyuman, kerana aku tahu aku telah dipilih oleh Allah untuk diuji dan Dia sentiasa sygkan aku..

Aku hanya mampu berdoa, agar aku masih diberikan sedikit kekuatan dan kegembiraan untuk merasa setiap nikmat berada di dunia Allah, walaupun aku xtahu sejauh mana aku akan menikmatinya. Apa yang penting bagiku sekarang aku hanya ingin terus tersenyum dan tersenyum dan jadi org yang paling bersyukur di dunia ini... Mudah-mudahan setiap perjalanan hidupku sentiasa diredhai Allah.. Ameenn..




Comel.... :)

Alahai... comel la pula tgk pic ni... tetiba je rasa nak bela... hehe.. comel kan...


hehe.. mcm patung je, mcm pokok kaktus pun ada juga.. yg ni adalah sejenis landak kecil yg dipanggil hedgehog.. harganya klau kat petshop, lebih kurang RM 100-200... huhu, hanya teringin je la nak beli, tp takut x pndai la pula nk bela.. sbab ada yg ckp, lndak jenis ni sensitip, x boleh ckp kuat2, x boleh pnas2.. takut juga, nnti kena sembur ngan duri tu.. hahaha... 

Apa2 pun comel kan species ni... :)

Monday 23 July 2012

Rindu..



Ramadhan kembali menjelma... sudah 3 hr umat islam menunaikan ibadah berpuasa.. Pelbagai gelagat dan watak dpt dilihat.. aku juga begitu, kekadang aku tersenyum gembira dan kekadang juga aku mengalirkan air mata... aku rindukan zaman kanak2.. zaman yg penuh dengan kegembiraan... menangis jika terluka atau dimarah.. tp sekrg, aku menangis kerana setiap dugaan yang menimpa diri ini... Dugaan yg menguji kematangan aku, walaupun hakikatnya, aku x cukup kuat...

Aku juga cuba bangun dan berdiri dengan sebuah kehilangan yg hadir dalam hidup aku, kehilangan salah seorang yang paling aku sayangi di dunia ni... Ramadhan dan aidilfitri kali ini, aku raikan pertama kali tanpa dia disisi... Arwahyarham tokwanku Chi bin Puteh.. Al-Fatihah, semoga dirinya tenang disana dan ditempatkan ditempat yg baik disisi Allah... Amiinn...

Aku teramat rindukannya, tp aku x mampu bersuara dan menangis di hadapan orang lain kerana aku telah mengajar diriku untuk terus tersenyum walaupun kesedihan mencengkam hati ini.. dengan cara itu aku kembali kuat untuk meneruskan hidup ini... Aku redha dengan setiap ketentuan Allah...

p/s: Kadangkala bila aku cakap aku "OK".. Aku nak seseorang pandang aku, peluk dan berkata  "Aku tahu kau  tak OK"..


Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak... Maaf atas segala kekhilafan yang ada.. mari sama-sama kita jadikan Ramadhan sebagai penyejuk hati, penyempurnaan amal ibadah kita.. Amiinn... :-)

Monday 14 November 2011

Senyuman...


Senyuman itu indah...
Senyuman itu memberi...
Memberi ketenangan pada yg memandang...
Memberi keindahan pada yg ikhlas memberi...
Senyumlah walau dirimu disakiti...
Senyumlah walau dirimu kesedihan...
Kerana senyumanmu pasti menyenangkan yg lain..
Memberikan seribu erti pada yg melihat...

Senyum itu sedekah..
Milikilah sebuah senyuman yang tidak pernah pudar..
Sebuah hati yang tidak pernah membenci...
Sebuah senyuman yang tidak pernah menyakitkan..
Dan sebuah persahabatan yang tidak pernah berakhir..
By: Fuza Abdullah..

Footnote:
SMiLeeee... :-)
Comel x????? hehe... :-)

Saturday 5 November 2011

Salam Aidiladha buat semua umat Islam...

Sebut raya kita hoorayy..
lembu kambing say no way..
Ayam itik start run away..
Aidiladha now on the way...
So, I would like to say...
Salam Aidiladha... buat semua umat islam... :-)



Amazing Lion.. be friend with human... love it so much... :-)

Part 1

Part 2

Part3

Part 4

Part 5

Full ending..

Footnote: Tetiba rasa macam nak bela lion... comelnya, besar, sedap peluk... klau kucing aku lion kan bagus.. hikhik... :-)

Sunday 25 September 2011

Bila otak tgh blur....

Assalammualaikum... waa.. dah lama x update blog.. huhu... sampai dah x tahu nak taip apa... boleh x, taip ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ... ok.. selesai..  hehe.. boleh jer.. ni kan blog I, so what ever la I nak taip apa.. huahua... nampak sngt boringnya...apa2 pun gud luck all... and smile Always... :-)



Footnote: when you are sad, it is better to make someone else to smile... :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...