Friday 19 August 2011

Mencari malam Lailatul Qadar.. Bagaimana????

Ihsan Google

Seperti yang kita ketahui, Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya... maka kita sebgai umat islam digalakkan untuk merebut pahala di sepuluh malam terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam terakhir ini adanya malam Lailatul Qadar. Di malam itu malaikat dan Ruh turun dengan izin Tuhan mereka dalam semua urusan.


Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya: " Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "
Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:

Maksudnya: " Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu "

Di entry kali ni fuza nak kongsikan bagaimana kaedah mencari malam Lailatul Qadar mengikut panduan Imam Al-Ghazali yang fuza perolehi drp seorang kawan...  antara kaedah-kaedahnya adalah...
i) Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Ahad atau Rabu, malam Lailatul Qadar nya pada malam ke-29 
ii) Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Isnin, malam Lailatul Qadar nya pada malam ke-21 
iii) Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Selasa atau Jumaat, malam Lailatul Qadar nya pada  malam ke-27 
iv) Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari khamis, malam Lailatul Qadar nya pada malam ke25 
v) Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari sabtu, maka malam Lailatul Qadar nya pada malam ke-23

Walau bagaimanapun pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya." Daripada Riwayat Mu'awiyah:

Maksudnya: " Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar iaitu malam ke-27."

Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.


Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:

Maksudnya: " Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "

Ihsan Google

Pesanan: Bersama-samalah kita merebut pahala di ke-10 malam terakhir Ramadhan..Yang tetap berlakunya malam lailatul qadar adalah didalam pengetahuan Allah jua. Sesiapa sahaja yang beribadah di malam hari bulan ramadhan, jika kebetulan dengan malam lailatul qadar, maka dikurniakan ganjaran pahala melebihi ganjaran pahala yang dikurniakan kepada mereka yang beribadah selama seribu bulan atau selama 83 tahun 4 bulan berbanding dengan malam yang lain-lain.  Mudah-mudahan amalan kita diterima Allah.. Amin.. :-)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...