Monday 23 July 2012

Rindu..



Ramadhan kembali menjelma... sudah 3 hr umat islam menunaikan ibadah berpuasa.. Pelbagai gelagat dan watak dpt dilihat.. aku juga begitu, kekadang aku tersenyum gembira dan kekadang juga aku mengalirkan air mata... aku rindukan zaman kanak2.. zaman yg penuh dengan kegembiraan... menangis jika terluka atau dimarah.. tp sekrg, aku menangis kerana setiap dugaan yang menimpa diri ini... Dugaan yg menguji kematangan aku, walaupun hakikatnya, aku x cukup kuat...

Aku juga cuba bangun dan berdiri dengan sebuah kehilangan yg hadir dalam hidup aku, kehilangan salah seorang yang paling aku sayangi di dunia ni... Ramadhan dan aidilfitri kali ini, aku raikan pertama kali tanpa dia disisi... Arwahyarham tokwanku Chi bin Puteh.. Al-Fatihah, semoga dirinya tenang disana dan ditempatkan ditempat yg baik disisi Allah... Amiinn...

Aku teramat rindukannya, tp aku x mampu bersuara dan menangis di hadapan orang lain kerana aku telah mengajar diriku untuk terus tersenyum walaupun kesedihan mencengkam hati ini.. dengan cara itu aku kembali kuat untuk meneruskan hidup ini... Aku redha dengan setiap ketentuan Allah...

p/s: Kadangkala bila aku cakap aku "OK".. Aku nak seseorang pandang aku, peluk dan berkata  "Aku tahu kau  tak OK"..


Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak... Maaf atas segala kekhilafan yang ada.. mari sama-sama kita jadikan Ramadhan sebagai penyejuk hati, penyempurnaan amal ibadah kita.. Amiinn... :-)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...